Sunday, September 9, 2012

MUHAMMAD EZARRUDDIN

SENTIASA DIHATI KU SAMPAI AKHIR HAYATKU

Hai korang, dya nielah insan yang sanggup bersabar ngan perangai aku and segala benda yang aku buat x betul..
Dya jugak la yang selalu ada bila aku memerlukan dya, dya segalanya buat aku..
Selain family aku yang aku sayang dya jugak sudah aku anggap mcm family aku yang aku sayang and cinta...
Siapa dya?
Nie dya, MUHAMMAD EZARRUDDIN namanya..
Asal Kampung Ruat, Yan Kedah..
Aku kenal dya dekat tempat aku study dulu..
Dulu sebelum kami couple, aku selalu gaduh ngan dya, benci dya and sebagainya..
Pastu, ambik kau~~~
Dya lah owg yang aku sayang sekarang and pakwe aku...
Dulu gaduh & benci, sekarang Sayang  and Cinta...
Kalaula kam0 baca blog sya nie wahai syg ku Ejat, aku sayang dekat kam0 selamanya...
Dya lah insan nya:-

DeMaM MeLaNDa (^_^)


KAMI

Hai semua, nie lah dya dua owg budak, ops budak ke? hEhehehe...
First aku demam dulu, teruk jugakla aku demam, pastu berjangkit satu umah.
Yang aku pelik, sidia yang aku syg nie demam jugak cian dya tau..
Aku dah kurang cikit, alhamdulillah dya pun dah sembuh sikit...
Dahlah berjauhan, kalau demam pun just boleh contact guna fon jelah....
Maybe aku nie campur ngan demam rindu dekat si dia...
Korang doakan kami kekal selamanya...
MUHAMMAD EZARRUDDIN SAYA HARLINA, sya SAYANG KAMO...



Sunday, August 26, 2012

Raya Ke -3



Raya 3, Aku, Aishita, Fikry & Nieza beraya sakan tau. Sorang ja lelaki antara kami bertiga, kena bulila... hehehehehe...
Gambar disebelah nie aku sempat ambik, tahu sebab apa?
Aku tunggu diorang bertiga lamala jugak sampai terlelap, lepas terjaga terus bergambar.
Sempat ambik 2 & 3 keping gambar, muncul VIVA depan rumah. 
Potong stim owg nak bergambar, hahaha...






Niela adik lelaki kami, hahaha...
Cian dya tau, kena buli... 
Niela Fikry, driver kami yang dibuli oleh aku ngan Nieza.







Kami berdua sibuk bergambar dekat belakang...
                         Yan & Kuala Muda destinasi kami...




 Masa untuk makan, sedap nazela buat Bihun goreng..
Tengok Salina kami, mcm dulu jugak..









Dekat Kuala Muda, nak balik dah waktu nie...
best jalan ngan kak kami...
Kak ai kami, nanti kita pi  lagi nah...
Habis dah cite waktu raya 3 aku...
Daaa... Muuuaahh...

Sunday, August 19, 2012

1 SyaWal




SELAMAT HARI RAYA SEMUA...
1 Syawal menjelma, owg semua sibuk berpakaian baru pagi2, tpi aku x mcm owg lain aku sibuk
dengan mengemas umah..
Dah selesai keje aku, kami sekeluarga bertolak ke kampung, xla jauh sangat dalam beberapa minit sampaila kampung..
Penat jugak la beraya, tapi yang best aku dapat duit raya..
Ingat bila umur dah meningkat remaja nie, x da duit rya...
Memang best la, makan pun banyak..
Makin bulat la aku nie, dah la bulat dah hahahaha..
Tapi aku rindu dekat family abg aku, tahun nie drg x balik beraya dengan kami sekeluarga..
xpalah, kalau ada cite lgi aku update blog aku nie....
nak pgi buat keje, daaaa...
ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, August 5, 2012

RaMadhan MenjElma

Alhamdulillah, sudah 17 hari berpuasa. Kemunculan Aidilfitrih akan tiba, heheheh...
Raya kali nie x macam dulu lgi, dulu beg duit penuh dengan duit raya, sekarang kita kena hulurkan...
Anak menakan 3, adik 1...
Conform kena bagi dekat diorang nie, kalau x bagi mesti depa kata cek nie kedekut..
Baju raya x buat lagi, kuih pun x buat lagi...|
eerrmm, korang dah siap ke persiapan raya???

Monday, July 16, 2012

fIrst DaY pRaktikal

 

Nie la hari pertama  aku ngan kak moon aku<niza> di PPDKP...
Kami melapor diri, dpa bg thu peraturan dekat sini, perkenal dengan semua kakitangan PPDKP..
First day praktikal, drg dah bg keje suruh buat tpi kami x kisah...
Adatlah bekerja, baru aku rasa alam pekerjaan..
Best la jugak praktikal nie, macam2 program kmi melibatkan diri kami..

Kepala nie tengah fikir, lepas habis nie kemana pulak arah tuju aku??????
Kerja ke, study lg ke atau kawen???????
hahaha..
Maybe study, aku nak capai cita2 katakan...
xpalah, ada citer lgi nti aku update ya..
bye2 semua..
mmuaahh...

OMG!!!!!!!!!!!!!!!

Yaallah, sudah bersawanglah blog aku...
Xpa, masalah kecik ja boleh diselesaikan.
Masa untuk clean blog aku, update benda baru..
Biasalah, orang tengah buzy katakan....
Sekarang nie maybe x buzy dah kot, bolehla sentiasa jenguk
blog nie...
Ada cerita brula...
Tgu ya wahai kawan-kawan ku...
Luv u all...

Thursday, March 22, 2012

EgO kE LeLaKi NiE?????????

Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi
Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.

Memperlihatkan Kelemahan Diri
Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.

Tidak Suka Mengaku Kesalahan
Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.

Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata
Enggan memohon maaf secara terbuka, sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah proses komunikasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.

Bimbang Maaf Tidak Diterima
Segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.

Menghindari Pergaduhan
Ada sebahagian lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari pergaduhan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada individu terbabit. Biasanya, apabila meminta maaf dengan wanita, bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan.

Sunday, March 18, 2012

CiNtA DaLaM IsLaM...

Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.

Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:

“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”

“Saya cintakan awak kerana Allah..”

“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”

Firman Allah S.W.T:

“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”

“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”

“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”

“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

(Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.

Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.

Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah!

Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Sunday, March 4, 2012

BuDaK BuLaT ~ ZuLhAiRiE~




gAmBar tERbaru....
x LaRaT LaYaN KeReNaH Budak Bulat NIE...
maKiN mErap....
heheheheh....

Monday, February 20, 2012

Lawak Ayat-ayat Cinta Selepas Kahwin, Hehehehehe...

Ayat Selepas Kahwin

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer

Thursday, February 16, 2012

My FaMIlY....




Sebenarnya aku jalan2 ngan family aku nie bulan 12 hari tu, 24 DISEMBER 2011...
Tapi aku baru nak cete dekat korang, sebab buzy cikit... X sempat nak update Blog nie... entah2 dah bersawang, hahahahaha....
Abah aku bawak pergi Pusat Sains Negara dekat Alor Star, sebab dya nak puas kan hati adik aku yang sorang nie....
Lebih habis melawat Pusat Sains tu, abah aku bawak pergi MUZIUM PADI pulak...
Kesian dekat aku nie dah, dah nak masuk 8 tahun duduk KEDAH baru first time pergi MUZIUM PADI....
Mesti lawak kan bagi korang semua, hahahaha..
Lepas habis jalan2 kami singgah TESCO MERGONG, shopping...
Aku sempat lagi la beli beg tangan, hehehe..
Lepas penat shopping, kami mestilah lapar seharian berjalan..
Kami singgah KFC makan...
And then lepas habis semua, kami balik...
Memang best la dapat luangkan masa ngan family aku..
LOVE U ABAH , MAMA & ADIKKU....
Nti kita jmpa lgi, daaa...
Mmmmuuuuuaaaahhhhh....

Tuesday, February 14, 2012

11/02/2012= CoUsIn EnGaGeD

Bertunang sudah my cousin.... Aku tumpang gembira dengan majlis pertunangan dya, aku tengok dya happy sangat waktu majlis dya hari tu...
Aku bila pulak(hehehehehe)....
Aku harap dya happy ngan tunang dya, x sangka pulak tunang dya org perlis..
Dah 3 orang sepupu aku kawen ngan org perlis...
Jodoh org kata... Aku rapat ngan dya, habislah aku... Raya nie aku keseoranganla, tanpa SHARIZA disisi... Kena berkepit ngan mama akulah raya nie dah x da teman...
Apa2 pun, aku ucapkan tahniah kepada SAIFUL & SHAHRIZA...
Moga2 kekal hingga akhir hayat....
Nanti kita jumpa lagi warga2 blog....
Bye2...