Monday, September 16, 2013

SELAMAT ARY LAHIR



SELAMAT ARY LAHIR AWAK YANG KE -23
WALAUPUN KITA BERJAUHAN, HATI KITA SENTIASA BERDEKATAN.
MOGA AWAK SUCESS DALAM PELAJARAN AWAK, AWAK DAPAT BUKTIKAN PADA SEMUA YANG AWAK BOLEH MENJADI SEORANG YANG BERJAYA...
SAYA SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DAN SEMANGAT PADA AWAK..
JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA, TERUSKAN MENCAPAI
CITA-CITA EZARRUDDIN .
 SAYANG AWAK
(^_^)


JUST BOLEH COPY GAMBAR JA

RaGaM MeRdEkA RaYa

 Merdeka Raya ADTEC Batu Pahat :)

Macam-macam ragam kawan-kawan ina, termasuk diri ina jugak.
Turut meraikan Majlis Perpisahan Semester Akhir Sem 6 Kimpalan :(
Majlis tu berkonsepkan macam gerai-gerai, setiap khusus ada satu gerai yang mereka sediakan


Macam-macam makanan, tapi ina just sempat makan Mee Kari Kos IE & Cendol Kos IT .
Sedap jugak masakan diorang semua, tapi yang x bestnya ina x sempat nak rasa Satey Kos Kimpalan

Dibawah nie ragam-ragam ina dan kawan, kami nie pantang tengok camera,
so menjadi-jadi kami bergambar.


Ada aku kisah orang nak kata apa pun dekat kami, asalkan kami dapat bergambar
bersama :)


Syuhada & Ina







Nie Syuhada, wah macam modelkan k.ida :)
Sebelum kami bergerak ka Dewan Sri Intan, kami snap pic dulu..

  
Ina




Niela dya tuan blog nie, saja nak tunjuk inai tu... :)
Just simpel orangnya, macam Doraemon dah ina nie, bilala nak kurus macam kawan-kawan yang lain, maybe makan tahun "hehehehe"
Apa pun study dulu, nak kurus ka apa ka belakang kira...

Niza, Farhana, Nazela, Pn.Shamsiah, Ina, Seha, Husna, Syuhada
 Bukan senang nak bergambar ngan Ketua Jabatan kami nie yang cantik.
Rosnani, Nazela, Loga, Farhana
Tu dia, apa nak di kata bila 3 ratu nie boleh bergambar ngan hero Hinduatan 'katanya'
Sweet betul depa noh :)
Salina & Loga
Nie sorang lagi ratu yang dapat bergambar ngan Hero Hindustan ...
Loga memang suka pakai baju melayu kalau ada majli Raya.
Nampak sweet ja Loga, tu yang ramai peminat MR. LOGA nie.. :)

Monday, September 9, 2013

PETUA AWEK MUDA



Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. In Shaa Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda

Wednesday, September 4, 2013

CARA DIET RASULULLAH


~ASSALAMUALAIKUM~

Bersawang ka blog ina nie, cerita tak banyak so kurang update blog ina nie. Badan ina dah macam donat, mengembang ja keje tak turun-turun pun. So ini salah satu cara diet rasulullah amalkan. Mari kita baca sama-sama.


Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta  berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.

Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan  mengambil  dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Ada hikmahnya tidak meniup air panas untuk diminum

Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan.  Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.